Monday, October 17, 2016

RUTIN HARIAN IBU BERKERJAYA


Assalamualaikum semua

Wah! Dah bersawang blog kita ni lama sangat dah tak menulis. Bila scroll - scroll balik , entry terakhir SEPTEMBER 2015 !! Lama tu sampai gemuk jari jemari ni haa. hihihi. Sebenarnya dari hari ke hari banyak sangat benda nak share, Tapi al maklumlah sejak jadi ibu ni satu hari pun rasa macam tak cukup nak buat semua benda.hiks.

Almaklumlah, bukan mudah menjadi isteri , seorang ibu dan berkerjaya pada masa yang sama. Bukan mudah tapi bukan mustahil juga ya. Yelah, bagi yang berkerjaya 'mewah' boleh lah dapatkan bantuan dan tak ada masalah untuk mengurus segala beban dengan mudah. Tapi untuk sejenis yang berkerjaya seperti saya memang semua beban tu mengharapkan tulang empat kerat ini sajalah. Lagi - lagi sejak dah ada baby ni dah bertambah lah rutin wajib harian hakak. Rutin harian hakak memang berubah 360 darjah lepas berkeluarga. Tapi walau apapun alasannya , kita tetap perlu lakukan semua tanggungjawab ni. Hakak selalu doa minta diberi kesihatan yang baik supaya dapat jalankan semua amanah ni dengan baik In Shaa Allah.

Jadi harini saya nak kongsikan rutin harian saya sebagai seorang isteri dan ibu yang berkerjaya. Sebenarnya semuanya bergantung pada cara seseorang mengurus masa dan tahap kerajinan seseorang (dan juga pasangan masing - masing ya!) OK jom intai apa yang saya buat dalam seharian :

4.15 pagi : Rutin bermula. Bangun dari tidur. Basuh segala alien dalam singki. Sediakan susu Muhammad. Sediakan beg pakaian dan bekal Muhammad ke rumah pengasuh. Iron baju (memang dari dulu tak suka iron baju malam - malam mesti nak buat pagi - pagi juga ish ish ish )

5.40 pagi : Mandi. Solat. Tukar pampers Muhammad. Bersiap ke tempat kerja.

6.40 pagi : Hantar Muhammad ke rumah pengasuh dan bergegas ke tempat kerja. Vrooommm.

2.30ptg : Balik kerja. Ambil Muhammad. Mandi. Solat. Basuh dan jemur kain baju (kadang - kadang suami yang buat kalau saya tak sempat hehe love you abang). Masak - masak. Bonding time with Muhammad. Weeeee.... :)

5.00 ptg - 10.00 malam : Mandikan Muhammad. Sediakan susu Muhammad. Rehat sekejap. Mandi solat. Makan malam. Kemas dapur. Tengok tv sambil lipat kain baju. Tidurkan Muhammad. Bonding time dengan cik abang lah pulak. hahaha gitew,

11.00 malam : prepare barang Muhammad untuk esok dan Pitam! haha

Walaupun rasa macam rushing dan tak cukup masa nak buat semua benda tapi itu lah yang mendatangkan keseronokan pada kita sebenarnya. Bila tengok anak ada depan mata, melayan kerenah anak dan suami buat kita rasa gembira. Semua ni salah satu nikmat yang kita perlu hayati. Kalau kita bijak bahagi masa dan tak bertangguh in shaa Allah semua kerja pun kita dapat selesaikan.

Selagi dikurnia tulang empat kerat ni selagi tu lah kita laksanakan amanah dan tanggungjawab kita ni. Untuk diri saya sendiri juga as a youngmother orang kata, bukanlah mudah. Banyak lagi yang saya perlu ubah dan belajar. In Shaa Allah. Moga perkongsian ni dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kawan - kawan semua. :)


No comments: