Monday, September 14, 2015

TIPS PSIKOLOGI : ANAK SUKA MEMBANTAH



Assalamualaikum,

Untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan salah satu tips yang saya baca dari majalah Pa&Ma. Tips ini saya rasakan berguna buat diri saya yang in shaa Allah akan menjadi ibu dengan izin Allah. Tips ini diberikan oleh seorang Pensyarah Psikologi & Perkembangan Manusia iaitu PUAN HAWA RAHMAT. Jadi saya kongsi kan di sini sebagai bacaan saya sendiri dan rakan - rakan pembaca. 

Dalam sesebuah keluarga adalah baik jika ada keseimbangan dalam membesar dan mendidik anak. Jika bapanya bertegas, ibu nya biarlah berlembut sedikit. Kalau ibu nya tegas, bapanya pula biar berlembut sedikit. (huhu, siapa agaknya yang selalu bertegas ya nanti?saya atau suami hehe) Sekiranya kedua - dua tegas dan seisi rumah dipenuhi hukuman ia akan menjadi sebuah penjara yang membuatkan penghuninya memberontak. Antara cara untuk mengatasi anak yang gemar memberontak ini adalah :

1. Meninggikan suara jarang - jarang sekali
Kadangkala apabila ibu yang lembut tidak pernah tinggikan suara tetapi tiba - tiba meninggikan suara, tentu anak akan terdiam atau kecut perut. Namun sekiranya kita hari - hari membebel, anak - anak akan mendengarnya seperti angin lalu. Mereke memang takut dihukum tetapi sekiranya tiada pendidikan(maksudtersirat) disebalik hukuman, mereka akan lali.

2. Menjadi contoh yang baik kepada anak - anak
Anak - anak akan mudah terbiasa dan terikut - ikut perangai kita pula. Sikap mereka memberontak itu adalah ditiru tanpa disedari daripada sikap dan tindakan ibubapa itu sendiri. Kebanyakan ibu bapa berpandangan bahawa anak - anak ini suka memberontak tetapi mereka sebenarnya terikut - ikut dengan cara kita. Anak - anak adalah cermin diri kita. Ingat! Pendekatan tegas dan hukuman dalam mendidik anak itu perlu tetapi harus sesuai dengan keadaan. 

3. Berbincang dengan pasangan
Seperti dijelaskan, biarlah seorang salah seorang sahaja yang "Garang" kerana apabila dimarahi maka anak akan mencari sokongan daripada ibu/bapanya. Akan tetapi jangan pula menyokong anak dan memarahi pasangan pula kerana menghukum anak. Berbincanglah dengan pasangan anda tentang cara stratergi berkesan untuk mendidik anak - anak. Biasanya seorang menghukum dan seorang lagi membela.

Selepas dihukum, peluklah dan belailah anak dan beritahunya tindakan bapanya betul kerana apa yang dilakukannya salah. Beritahu kepada anak kita mengapa perbuatan itu salah. Selain itu amat penting memberikan pujian jika anak kita membuat kebaikan. Sedikit demi sedikit anak kita akan mula belajar perbuatan yang betul dan salah. In Shaa Allah.



THANKYOU FOR READING ;)

No comments: