Tuesday, September 15, 2015

Beauty : Eyebrow Tutorial



Assalamualaikum

Memandangkan saya ni someone yang obses dengan make up especially eyebrow make up.Tapi bukan eyebrow macam si pengantin tu tau.Atau kening inspired by Sin Chan memang no no. Saya sangat adore dengan gaya make up simple yang saya boleh pakai everyday pergi kerja/sekolah. Almaklum lah jadi cikgu sekarang penampilan harus kena jaga tau. Tak perlu lah cantik macam model model cuma kemas dan nampak sweet - sweet keibuan gitew.Baru anak murid suka dan sayang. Biasanya untuk ke sekolah saya cuma pakai foundation & powder , eyebrowpencil & powder dan nyxsoftmattelipcream.

Jadi di sini saya ingin kongsi kan tips and tricks yang saya always guna untuk rapikan kening yang tunggang terbalik nih! haha 

1. Rapikan kening menggunakan berus kening.Kalau tak ada berus kening,korang boleh guna berus maskara mata yang dah tak guna.Basuh dengan bersih berus tu dan sikat seperti biasa.

2. Lukis kening menggunakan Mac Eye/Lip Liner Pencil. First, saya lukis dahulu frame bagi kening yang kita kehendaki. Cara nak buat frame kening ni, lukiskan dari bahagian tengah kening ke bahagian ekor kening.
3. Gunakan eyebrow powder untuk penuhkan frame kening yang telah dibuat. Tapi ingat kita just perlu penuhkan bahagian hujung kening sahaja dan tidak perlu terlalu tebal kerana nanti akan nampakkan kening korang terlalu tebal. Sangat no no.

4. Ratakan dan blend in menggunakan brush untuk buat hasil yang natural. Always ingat ya sayang - sayang!! Korang jangan lukis kening hingga bahagian hadapan kening sebab ini akan membuatkan kening nampak tidak natural atau pada saya tidak normal.hiks

5. Lastly, korang kemaskan hasil makeup dengan concealer untuk kekemasan.

Siap! Selamat Mencuba

OUTDOOR WEDDING PHOTOGRAPHY





“When I saw you I fell in love, and you smiled because you knew.” – Arrigo Boito

Monday, September 14, 2015

TIPS PSIKOLOGI : ANAK SUKA MEMBANTAH



Assalamualaikum,

Untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan salah satu tips yang saya baca dari majalah Pa&Ma. Tips ini saya rasakan berguna buat diri saya yang in shaa Allah akan menjadi ibu dengan izin Allah. Tips ini diberikan oleh seorang Pensyarah Psikologi & Perkembangan Manusia iaitu PUAN HAWA RAHMAT. Jadi saya kongsi kan di sini sebagai bacaan saya sendiri dan rakan - rakan pembaca. 

Dalam sesebuah keluarga adalah baik jika ada keseimbangan dalam membesar dan mendidik anak. Jika bapanya bertegas, ibu nya biarlah berlembut sedikit. Kalau ibu nya tegas, bapanya pula biar berlembut sedikit. (huhu, siapa agaknya yang selalu bertegas ya nanti?saya atau suami hehe) Sekiranya kedua - dua tegas dan seisi rumah dipenuhi hukuman ia akan menjadi sebuah penjara yang membuatkan penghuninya memberontak. Antara cara untuk mengatasi anak yang gemar memberontak ini adalah :

1. Meninggikan suara jarang - jarang sekali
Kadangkala apabila ibu yang lembut tidak pernah tinggikan suara tetapi tiba - tiba meninggikan suara, tentu anak akan terdiam atau kecut perut. Namun sekiranya kita hari - hari membebel, anak - anak akan mendengarnya seperti angin lalu. Mereke memang takut dihukum tetapi sekiranya tiada pendidikan(maksudtersirat) disebalik hukuman, mereka akan lali.

2. Menjadi contoh yang baik kepada anak - anak
Anak - anak akan mudah terbiasa dan terikut - ikut perangai kita pula. Sikap mereka memberontak itu adalah ditiru tanpa disedari daripada sikap dan tindakan ibubapa itu sendiri. Kebanyakan ibu bapa berpandangan bahawa anak - anak ini suka memberontak tetapi mereka sebenarnya terikut - ikut dengan cara kita. Anak - anak adalah cermin diri kita. Ingat! Pendekatan tegas dan hukuman dalam mendidik anak itu perlu tetapi harus sesuai dengan keadaan. 

3. Berbincang dengan pasangan
Seperti dijelaskan, biarlah seorang salah seorang sahaja yang "Garang" kerana apabila dimarahi maka anak akan mencari sokongan daripada ibu/bapanya. Akan tetapi jangan pula menyokong anak dan memarahi pasangan pula kerana menghukum anak. Berbincanglah dengan pasangan anda tentang cara stratergi berkesan untuk mendidik anak - anak. Biasanya seorang menghukum dan seorang lagi membela.

Selepas dihukum, peluklah dan belailah anak dan beritahunya tindakan bapanya betul kerana apa yang dilakukannya salah. Beritahu kepada anak kita mengapa perbuatan itu salah. Selain itu amat penting memberikan pujian jika anak kita membuat kebaikan. Sedikit demi sedikit anak kita akan mula belajar perbuatan yang betul dan salah. In Shaa Allah.



THANKYOU FOR READING ;)

CAFE REVIEW: Beanz & Co. Kuantan


Baru - baru ni, saya sebagai cikgu Novis a.k.a guru baru perlu hadiri kursus 3 hari 2 malam di Rompin Beach Resort. Hehehe. Seronok sangat hati ni dapat lari sekejap daripada terperap di sekolah almaklumlah selama sejak posting belum pernah sekali pun sekolah hantar berkursus. Haa, nanti lepas ni bila sekolah hantar banyak kursus jangan komplen pulak Cikgu Yaya. So yang sangat syok nya, pergi kursus ni dengan muka muka bekas Afzanian jugak. Satu batch , satu kepala dan senang cerita serba serbi satu lah sebab we olls pergi bersama satu kereta, Asha dan Ana my Carpool partner. 

Tapi bukan itu yang saya nak fokuskan kat sini. Saya just nak share or review satu Cafe di Kuantan yang kitorang singgah after habis kursus kat rompin dan sebelum sampai ke rumah masing masing. hehe. Beanz & Co. ni dia buat dekat rumah lama tapi design modern n cosy la. Interior yang cantik and selesa dan ada open garden untuk suasana tenang. Ambience yang cantik. Cafe ni berdekatan dengan kedai Peugeot di jalan nak ke Teluk Sisek sebelah kiri. So kalau nak ke Tc mmg akan nampak la Cafe ni.

Deco interior kedai ni sangat chic dan cozy. Love it! Sangat sesuai untuk lepak and sesi berbual panjang dengan kengkawan atau lunch pada hari weekend bersama keluarga. Makanan dan servis sangat baik juga. Waktu pergi ni kitorang decide nak rasa waffle dia sebab nampak sangat sedap sampai drooling la. Nama waffle yang sy makan haritu sy dah tak ingat la hahaha tapi topping dia penuh ice cream and melted chocolate and peanuts ditabur...Memang sedap sangat la..Saya juga oder mushroom soup yang saya rasa homemade by them sebab rasa dia sedap lain daripada mushroom yang dekat pizzahut yang dibancuh. So far semua yang saya oder sangat menepati anak tekak saya ni. Alhamdulillah. So sesiapa yang nak cari cafe untuk sambut birthday, nak hangout dengan kawan - kawan or nak santai - santai, saya suggest la korang pergi Beanz & Co 




THANKYOU FOR READING ;)

Sunday, September 13, 2015

CAMERON HIGHLAND TRIP (Day 2 and Day 3)

Assalamualaikum,

Okay,untuk hari kedua ni adalah hari untuk bersiar - siar seharian kat sini. Antara tempat yang kami pergi antaranya :

1. Strawberry Farm.
Strawberry Farm ada banyak kat Cameron ni. Kami pergi Strawberry Farm yang terletak sebelah je dengan apartment yang kami duduk. Saya dan Hubbee just ikut je kakak dan abang ipar. hehe. Banyak juga bunga bunga dan cactus kat sini. Tapi tujuan kami datang nak petik strawberry tapi waktu kami pergi strawberry semua kecil kecil lagi so kami beli sahaja strawberry yang dah siap petik and makan kat situ.


2. Ladang Teh
Sini tempat paling lama kami pergi sebab kawasan dia besar dan tempat ni memang famous. Tak sah kalau pergi melawat Cameron kalau tak ke sini. Pemandangan yang cantik sangat sesuai untuk bergambar dan suasana yang nyaman dan segar sesuai la nak jalan jalan dan boleh juga minum dan beli teh di cafe berhampiran.

   

             pengaruh kuch kuch hota hai sangat hubbee saya

       

                            lets fly with me.. hehe

          
happy hubbee and wifey..hehehe


3. Lavender Farm
Bayaran sekali masuk ke sini adalah rm5 untuk dewasa dan rm3 untuk kanak - kanak. Yang menariknya kat sini ada banyak sangat bunga bungaan warna warni.Memang sesuai lah nak bergambar. Yang paling best bunga kat sini boleh petik tau. Yang bawak suami boleh lah goda cik abang untuk petik bunga setangkai rm2.



           

hehe family hubbee bergambar dengan bunga

                      
Tak banyak sangat tempat yang kitorang sempat singgah oleh sebab dah penat berjalan dan berposing. hehe. jalan dua tiga tempat pun dah berbaloi dah rasa sebab dapat tengok pemandangan yang cantik. Bau pokok teh ni lebih kurang macam bau daun inai je. haha. So petang kami balik dari bersiar siar tu singgah lagi di pasar malam berinchang untuk beli makanan untuk makan malam. Harini dah penat jalan jalan so decide untuk beli makanan sedia masak tak perlu nak masak kt apartment. Hari kedua kat Cameron yang sangat awesome and sweet. Hubbee pulak melayan je kerenah wifey dia nak berposing kat sana sini. Thanks Hubbee.

(Day 3)

So hari ketiga just hari bertolak balik semula ke rumah.Saya, hubbee and mak mertua terus balik ke rumah mak mertua atas berberapa urusan yang perlu suami bereskan. So pagi tu bangun kemas - kemas, check out dan balik ke Penang selama 9 jam atas jalan. huhuhu. Macam biasa, saya memang pantang je naik kereta memang asyik tidur sahaja. Kesian encik suami memandu sorang - sorang. hehehe. Thank you abg dan kakak ipar sudi ajak kami bercuti bersama kat Cameron. Hehe. Lepas ni boleh buat trip bersama lagi. Tata


THANKYOU FOR READING ;)

Saturday, September 12, 2015

CAMERON HIGHLAND'S TRIP (Day 1)

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama tak menulis, jadi bila ada peluang dan waktu terluang, saya tulis kan terus berberapa post yang lama terperap saja dalam kepala saya ni. Menulis ni dapat menghilangkan stress kerja juga tau.

So harini saya nak cerita tentang trip saya dan family belah Hubbee ke Cameron Highland pada Jun 2015. Hehe, dah berkurun baru nak cerita kan? Sebenarnya saya dah dua tiga kali dah melawat ke Cameron Highland memandangkan tempat belajar saya cuma sejam sahaja untuk ke sana. Tetapi bezanya kali ini saya pergi bersama keluarga mertua saya dan Hubbee tersayang. Jadi feeling tu berbunga - bunga lah macam bunga di Cameron Highland. hehehe. Gedik!

Percutian kami di Cameron adalah selama 3 hari 2 malam. Hari pertama tu saya dan suami sampai kemudian, jadi abg ipar saya dah booking kan apartment untuk kami sekeluarga menginap. Apartment yang kami duduk tu Villa Dahlia. Villa ni terletak di Tanah Rata. Di sebelah Villa yang ktorang inap ni ada juga satu ladang strawberry yang boleh petik2 strawberry segar tapi waktu ni strawberry semua kecil2 lagi. Petang saya dan suami sampai tu kami terus ke pasar malam Berinchang sebab nak beli sayuran segar dan sedikit makanan memandangkan di Villa kami dah ada dapur so kakak ipar nak memasak sahaja untuk makan malam. Bercuti sambil berjimat orang kata. hehe. Banyak juga pilihan sayur dan buah - buahan segar dekat pasar malam Berinchang ni. Rambang mata nak pilih sebab semuanya macam sama sahaja. hehe. 

Malam tu kami habiskan masa di Villa sahaja memandangkan petang dah penat berjalan sebab Hubbee dapat parking jauh..Hehe jenuh juga la jalan naik turun bukit. So malam tu kakak ipar masak la sup sayur guna sayuran segar yang kami beli. Sedap nya makan sup panas - panas dalam keadaan sejuk. Kat Cameron ni memang tak ada aircond. Tapi sejuknya saya dah tak tahan. Tak tahu lah saya kalau ada aircond. Mahu menggigil gigil saya taknak mandi. Yang ada water heater sebab memang saya tak sanggup lah nak mandi air sesejuk air batu. Dah lah saya ni memang penakut sejuk. Jadi malam tu dihabiskan untuk berbual dengan mak, abang n kakak ipar sahaja memandangkan saya dan suami pun baru sahaja berkahwin so suai kenal la dengan keluarga suami.

Malam pun berlalu dan saya tidur dengan romantiknya sebab keadaan Cameron yang sejuk..
HEHE
Untuk pasangan yang nak honeymoon, Cuaca macam Cemeron yang sejuk2 ni memang saya suggestkan la kepada u'lls. Romantik gitew.

Okay habis Day 1


Sempat lagi tu kami selfie waktu tengah berjalan nak beli sayoq.. :p


MAKANAN SIHAT UNTUK IBU HAMIL


Assalamualaikum,


Alhamdulillah kini usia kandungan dah nak masuk 4 bulan. Alhamdulillah juga saya tidak mengalami apa apa alahan teruk sepanjang trimester pertama saya. (orang kata kalau tak alahan mungkin anak lelaki) hehe. Saya tak kisah pun rezeki Allah nak bagi anak lelaki atau perempuan asalkan kandungan saya berada dalam keadaan sihat. Saya dapat tahu saya hamil waktu di rumah abang ipar. Rasa tak sedap badan dan memang saya mooncoming agak lewat bulan tu. Jadi saya terus beli Pregnancy Test di seven e berdekatan.Guest what, hasilnya keluar la double line tapi yang second line tu x de la jelas sangat. Bila tunjuk dekat suami, dia kata dia nampak satu line je sambil sengih2. Suami memang jenis suka menyakat. So seharian tu sy asyik tersengih2 je lah macam kerang busuk. And seminggu lepas tu saya pun beli la Pregnancy Test yang digital tu tak ingat lah pula brand apa sebab kawan kawan cakap lebih tepat,dan saya dari tu saya tahu saya pregnant dah 4 minggu. Alhamdulillah atas rezeki Allah.


Lepas dah tahu saya hamil. hari - hari diteruskan seperti biasa. Di awal kehamilan ni memang saya tak alami apa apa alahan, tapi badan saya mudah terasa letih dan lesu. Asyik rasa nak baring, nak berehat nak tidur je. Mak slalu la pesan jangan layan sangat malas tu. Tapi saya bukan rasa malas cuma rasa badan tak sedap dan mulut memang always terasa pahit. Bila mulut pahit tu membuatkan saya jadi asyik makan makan dan makan untuk hilangkan mulut pahit hinggakan berat naik mendadak sekali.


Jadi saya pun google2 la kat blog2 kesihatan apa makanan sihat yang perlu ibu mengandung makan selain daripada makan pil asid folik yang hospital bekalkan yang sangat pahit bagi saya dan berbau busuk. Antara makanan berkhasiatnya adalah :


1. Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :

  • Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
  • Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
  • Vitamin A (hati, susu, telur)
  • Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
  • Vitamin C (jambu, betik dan limau)
  • Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang)

2. Buah - buahan dan sayur - sayuran.
Kita boleh beli dalam bentuk segar , sejuk beku atau dalam tin. Juga boleh diminum dalam bentuk jus. Buah - buahan dan sayuran mengandungi pelbagai vitamin dan nutrien yang baik untuk ibu dan baby.

3. Makanan berkanji
Nasi, roti,pasta dan kentang. Boleh mencuba pilihan makanan bijian penuh.

4. Makanan yang kaya dengan protein.
Ayam, daging, ikan, telur, kekacang.

5. Produk tenusu
Yogurt dan susu yang kaya dengan kalsium.


Selama awal kehamilan ni saya tidak lah begitu disiplin bab pemakanan ni. Ada lah juga tersasul makan maggy dua tiga kali dan minum minuman bergas dua kali. Tapi daripada bacaan - bacaan yang dibuat, bila kita makan makanan yang tak sihat ni anak yang bakal lahir nanti berisiko untuk kena sakit kuning yang teruk. Jadi si ibu ni cuba lah sedaya upaya mengawal nafsu untuk kebaikan anak yang tercinta. Rakan - rakan doakan saya melahirkan bayi yang sihat walafiat ya. In Shaa Allah..