Tuesday, April 15, 2014

rahasia seorang perempuan

kesukaran ini yang tak pernah kau tahu. kesakitan yang masih terselimutkan. kau sering memandang aku hidup dalam senang. demikian kau juga tertipu dengan topeng yang sering ku pasangkan. aku tidak sempurna. dan bukan juga bakal. Usah bicara soal cinta. sesungguhnya aku banyak kali terluka kerananya. Jangan kasihan sayang. aku telah belajar daripadanya. Dalam membina bahtera cinta. Pengalaman terluka itu berharga. Tapi dengan syaratnya kau disekolahkan daripadanya. Aku sering sembunyi luka.pada insan yang aku cinta. dari jauh mengharapkan dia merasa. tapi sampai bila akan derita. tidaklkah layak untuk merasa bahagia? 

Antara mahu dan tidak



Tinggal hanya lebih kurang seminggu aku disini. Bersama kekeliruan perasaan yang mengambil "shift" untuk ditukar ganti. Kadang merasa tidak mampu menanti untuk pergi, dan selainnya tidak mahu meninggalkan. Aku masih tidak layak dipanggil pendidik yang sejati. Masih jauh untuk melayakkan diri bergelar sedemikian. Namun, anak - anak ini, memberi kasih dan sayang tanpa sebab dan punca. Soalan - soalan tentang bila aku akan pergi meninggalkan mereka membuat hati aku terluka. Pertanyaan mereka adalah kerana niat mereka tersendiri. Tapi hati tetap memberontak untuk tidak pergi. Untuk apa kau ucap terima kasih itu sayang . Terima kasih itu untuk apa. Aku merasakan tidak perlu, kerana bersama mu, aku yang merasa banyak disekolahkan. Setiap pagi disambut dengan senyuman, waktu senggang menanti untuk makan bersama.
Adakah biasa perasaan ini ?
 Atau aku yang berlebih lebih merasakan sayang ?
Mungkin mereka tidak merasakan yang sama, mungkin itu menjadi rutin mereka.
Tapi masih aku merasa, perasaan ini kekal sama.